Hosting Bandwidth

Setiap kali anda melawat sesuatu laman web, sistem internet sebenarnya telah memuat turun file laman web tersebut ke browser komputer anda terlebih dahulu.  Proses ini dinamakan trafik.

Berapa saiz trafik yang di akses bergantung kepada saiz laman web yang anda lawat. 

Bandwith pula pada dasarnya bermakna, berapa banyak jumlah trafik yang dibenarkan untuk mengakses laman web anda.  Jika kuota bandwidth hosting adalah tinggi, bermakna lebih banyak orang yang boleh mengakses laman web anda pada satu satu masa.  Juga pelawat-pelawat akan dapat mengakses laman web and dengan lebih cepat.

Jika diibaratkan seperti sebuah jalanraya, lebih besar jalanraya tersebut,  lebih banyak kereta yang boleh melaluinya dan jika terdapat sedikit kereta yang melaluinya pada satu ketika, kereta tersebut mampu melalui jalan tersebut dengan lebih laju berbanding dengan ketika waktu jam.

Berapakah saiz bandwidth yang anda perlukan

Oleh kerana jumlah bandwidth boleh mempengaruhi harga yang akan anda bayar untuk sesuatu tempahan hosting, saiz  bandwidth yang anda perlukan harus diambil kira sebelum membeli pakej hosting.

Saiz bandwith yang anda perlukan bergantung kepada jenis atau fungsi laman web yang akan anda bangunkan.  Jika laman web anda sekadar ingin mencuba-cuba, anda tidak memerlukan bandwidth yang tinggi.  Kebanyakan laman web persendirian dan perniagaan kecil memerlukan kurang dari 1 GB bandwidth sebulan.  Jika laman web anda mempunyai file yang besar seperti file-file mp3, image atau video, tempahan bandwidth yang tinggi adalah lebih baik.  Jika anda mempunyai projek serius yang besar, dan anda menjangka laman web anda dikunjungi oleh ramai orang, anda tentu memerlukan bandwidth yang tinggi.