Domain

 

Apakah yang dimaksudkan dengan  Domain.  Domain ialah nama bagi laman web anda.  Sebagai contoh, nama domain bagi Webzone City ialah 'www.webzone.my

Sebelum anda memilih nama bagi laman web anda, anda harus fikirkan apakah nama yang paling sesuai bagi tujuan laman web tersebut. 

 

Domain adalah unik

Domain yang telah didaftarkan tidak boleh ditukar semula.  Nama domain juga adalah unik di peringkat global.  Ini bermakna hanya anda seorang saja di dunia ini memiliki nama domain yang telah anda daftarkan.

Kenapakah domain mempunyai suffix yang berbeza.

Di hujung nama domain terdapat suffix yang berbeza-beza seperti .com, .my, .org, .info, dan sebagainya.  Tidak ada kemestian tentang apa jenis suffix yang anda harus pilih.  Ia cuma satu kod yang membezakan antara negara atau isi kandungan laman web anda.

Membeli nama domain

Untuk memiliki laman web di internet, anda harus membeli nama domain terlebih dahulu dan harus diperbaharui setiap tahun. 

Ada terdapat beribu-ribu syarikat di seluruh dunia, menawarkan khidmat mendaftarkan nama domain.   Kebiasaannya kita akan memilih syarikat pembekal di negara sendiri bagi memudahkan pembayaran dan komunikasi.