Hosting

 

 

 

 

 

Hosting adalah istilah yang digunakan bagi  unit komputer yang digunakan untuk menyimpan file laman-laman web.  Ia tidak banyak berbeza dari komputer kita di rumah tetapi dengan skala yang lebih besar dan biasanya dikendalikan oleh syarikat-syarikat komputer.

Syarikat yang menawarkan khidmat pendaftaran nama domain biasanya juga menawarkan khidmat hosting.

Terdapat berbagai-bagai pakej hosting ditawarkan oleh syarikat-syarikat komputer.  Sebelum seseorang berhasrat membuat tempahan hosting untuk laman web mereka, ada beberapa perkara penting harus diambilkira.

1 Berapakah saiz hosting yang anda perlukan untuk laman web anda.  Ini bergantung kepada berapa besarkan sistem laman web yang anda ingin bangunkan.

2 Apakah jenis operating system yang anda ingin gunakan samada windows, unix atau linux.  Ia bergantung kepada kemahiran orang yang akan membuat pengaturcaraan laman web anda.

3 Memilih syarikat yang menawarkan pakej hosting tersebut.  Tentulah anda ingin memilih syarikat yang stabil, diyakini dan mudah untuk berkomunikasi.