SubDomain

Subdomain adalah nama yang anda cipta di hadapan nama laman web anda menggantikan code 'www'.  Contohnya,

pelanggan.webzone.my atau produk.webzone.my atau apa-apa saja nama yang hendak dicipta.

Apakah kegunaan subdomain

Subdomain ada beberapa kegunaan :

1 Sebuah laman web yang besar kadangkala memiliki data yang banyak yang harus di asingkan kepada server-server yang berbeza.  Bagi memudahkan pengenalan, syarikat tersebut biasanya menggunakan nama subdomain yang berbeza.

2 Bagi laman web besar yang terlalu banyak pengunjung, laman web tersebut akan menghadapi 'overloading', jadi untuk mengelakkan perkara ini, pengunjung akan di alih ke subdomain lain bagi mempercepatkan akses atau mengelakkan sebarang masalah.

3 Bagi kes biasa, anda mungkin ingin menyusun data-data anda dalam subdomain yang berbeza, contohnya, pengurusan pelanggan menggunakan subdomain   pelanggan.lamanweb.com , atau produk dalam subdomain produk.lamanweb.com.

Ciri-Ciri Subdomain

Subdomain mempunyai ciri-ciri seperti berikut,

1 Oleh kerana ia sebahagian dari domain anda, ia mempunyai 'operating system' yang sama seperti domain asal samada unix, linux atau window.

2 Data di dalam subdomain, tidak bercampur dengan data di subdomain yang lain.  Jika anda ingin mengurus subdomain, anda tidak akan dapat melihat data pada subdomain yang lain.

3 Bergantung kepada pakej yang anda langgan, biasanya penambahan subdomain tidak dikenakan caj tambahan.  Jika dikenakan caj, kemungkinan disebabkan kerja tambahan yang harus dibuat atau penambahan size.

4 Ada juga yang menghadkan jumlah subdomain yang boleh dicipta dan ada diantaranya menawarkan 'unlimited subdomain'.

5 Bergantung kepada apa jenis pakej yang anda pilih, subdomain mungkin boleh dicipta oleh anda sendiri atau anda harus berurusan dengan operator bagi mencipta subdomain baru.